Monday, February 06, 2012
   
SAIZ TEKS

sik

Balai Bomba Dan Penyelamat Sik


Balai Bomba Dan Penyelamat Sik

Pengenalan.

Balai Bomba Dan penyelamat Sik terletak di Jalan Hospital didalam Daerah Sik Kedah Darul Aman. Jarak dari Pusat Bandar Sik lebih kurang 2 kilometer , bangunan balai  dua tingkat dibina pada tahun 1992 diatas tapak seluas  tiga ekar. Tingkat bawah ditempatkan injen bay ,bilik kawalan, pejabat  Am , setor operasi , bilik fail , bilik  pegawai penjaga balai .Mula beroperasi sepenuhnya pada  01 jun 2006. Balai Bomba Sik penah dijadikan pusat latihan regional pada tahun 1995.  

Balai Bomba Sik dilengkapi dengan sebuah Water Tender Automatik Jenis Scania , sebuah Van Jenis Isuzu , Perodua Kembara , Perodua Rusa dan sebuah Bot aluminium.
              
Kawasan jagaan balai Bomba Sik  meliputi seluruh Daerah Sik.Sebahagian daerah Kuala Muda bermula dari Pekan Jeniang hingga Ke Padang Lembu,Selatan daerah Pendang Iaitu Gajah putih dan Ladang Bukit Perak. Daerah Sik merupakan salah sebuah daerah yang sedang membangun di Negeri Kedah Darul Aman, dengan keluasan lebih kurang 403,770 ekar persegi,  manakala penduduknya sejumlah 66,973 orang.

Ada 4 mukim dalam daerah sik iaitu Sik,Sok,Jeneri dan Teloi. Empangan 2 buah iaitu Gubir Dan Beris.

Keanggota yang sediada di Balai Bomba Dan Penyelamat Sik seramai 28 orang, Seorang Ketua Balai , Tiga orang Pegawai Penyelia , Tiga orang Pegawai Penyelia jentera Bomba, 21 orang pegawai pemadaman.

 

 

 

Bekas Pegawai-pegawai Penjaga

 BIL. NAMA TEMPOH
 1. ABD. KUDUS BIN ABD. MALIK 1995-1996
 2. MOHD AZMI BIN MAT ALI 1996-2000
 3. KHALID BIN AHMAD 2000-2005
 4. JOHAN BIN AYOB (MEMANGKU) 2005-2007
 5. HALIM  BIN ABDULLAH 2007-2009
 6. MAT RADZI BIN SAAD 2009 - SEKARANG


       

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Jalan Tun Abdul Razak, 05200 Alor Star
Kedah Darul Aman.

No. Telefon: 04-7344444
No. Faksimili: 04-7343868
E-Mail: postmaster@bombakedah.gov.my
E-Mail Webmaster: ict@bombakedah.gov.my
Penafian: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

© Copyright 2011, All Rights Reserved


This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it