Serdang
Balai Bomba Dan Penyelamat Serdang

Balai Bomba Dan Penyelamat Serdang
PROFILE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SERDANG KEDAH
A. Sejarah Dan Latar Belakang Balai
Balai Bomba Dan Penyelamat Serdang mula dibina pada 6 Oktober 1999 dan siap sepenuhnya pada 21 Ogos 2001.
Balai ini mula beroperasi pada 1 Januari 2002
Balai ini terletak di atas Lot PA 02-044866 Mukim Serdang dengan keluasan kawasan 2.5 ekar.
Kos pembinaan balai ini ialah RM 3,476,202.00 juta pada masa tersebut.
Terletak di bawah Zon Kulim (Bahagian Keselamatan Kebakaran Zon Kulim)
Di bawah Parlimen Kulim Bandar Baharu (P18) dan DUN Bandar Baharu (N36)
Ketua-Ketua Balai :
1. KAB Riduan Bin Rosly 1 Jan 2002 hingga 31 Mei 2002
2. PB II Che Ismail Bin Ngah 1 Jun 2002 hingga 31 Mac 2003
3. PBK II Che Man Bin Ismail 1 April 2002 hingga 1 Ogos 2010
4. PPgB Yuhannas Faizal Bin Othman 2 Ogos 2010 hingga sekarang
Komponen-Komponen Balai
Balai Bomba dan Penyelamat Serdang dibina dengan kemudahan yang serba lengkap untuk kengunaan warga bomba yang berkhidmat di balai ini. Antara kemudahan yang disediakan iaitu satu bangunan pentadbiran Balai Bomba dan Penyelamat Serdang dengan dua petak bay jentera, satu bilik kawalan, satu bilik mesyuarat, satu bilik pejabat, satu bilik ketua operasi, satu bilk penyelia, satu bilik ketua balai, satu bilik surau, satu bilik bersedia serta satu bilik alat pemadam api. Selain bangunan pentadbiran Balai Bomba dan Penyelamat Serdang mempunyai kemudahan kuaters untuk anggota terdiri dari tiga buah rumah pegawai dan 16 buah rumah anggota selain itu teman kanak-kanak juga disediakan untuk kemudahan anak-anak anggota untuk beriadah.
Kawasan Jagaan Dan Keluasan Kawasan Jagaan Balai
Balai Bomba dan Penyelamat Serdang ini terletak di dalam kawasan Pekan dalam Daerah Bandar Baharu. Balai Bomba dan Penyelamat Serdang Kedah juga bersempadanan dengan Balai-Balai Bomba dan Penyelamat Negeri Perak dan Pulau Pinang.Antara Balai-balai yang bersempadan dengan Balai Bomba dan Penyelamat Serdang adalah Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Kedah, Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech Kedah, Balai Bomba dan Penyelamat Parit Buntar Perak, Balai Bomba dan penyelamat Selama Perak, Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal Pulau Pinang dan Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap Pulau Pinang. Keluasan kaawasan jagaan Balai Bomba dan Penyelamat Serdang adalah 271.27KM persegi dimana terdapat beberapa bangunan-bangunan berisiko melibatkan bangunan kerajaan, perumahan, kilang-kilang, bangunan rumah kedai lama dan faktor kemalangan jalan raya.
Maklumat Kadet Bomba
Balai Bomba dan Penyelamat Serdang mempunyai sebanyak lima buah sekoalah yang menubuhkan pasukan kadet bomba semenjak balai ini dibuka. Kadat bomba di bawah seliaan balai ini sentiasa aktif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan baik pihak JBPM Kedah mahupun balai ini. Balai Bomba dan Penyelamat Serdang Kedah sentiasa memastikan setiap pasukan kadet bomba mendapat latihan mengikut jadual. Balai Bomba dan Penyelamat Serdang telah menganjurkan perkhemahan kadet bomba peringkat balai setiap tahun dan disertai semua pasukan kadet bomba dengan jayanya. Sekolah-sekolah yang telah berdaftar sebagai pasukan kadet bomba adalah seperti berikut :-
1. 1- Sekolah Menengah Kebangsaan Selama Kedah
- Ditubuhkan pada tahun 2003
- Seramai 100 orang pelajar telah menyertai pasukan kadet bomba pada awal penubuhan
- Menjalankan latihan kawad kaki, kawad hos dan kelas
- Terdapat 3 orang guru penasihat
2. 2 - Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang Kedah
- Ditubuhkan pada tahun 2004
- Seramai 90 orang pelajar telah menyertai pasukan kadet bomba pada awal penubuhan
- Menjalankan latihan kawad kaki, kawad hos dan kelas
- Terdapat 4 orang guru penasihat
3. 3- Sekolah Menengah Maktab Mahmud
- Ditubuhkan pada tahun 2005
- Seramai 50 orang pelajar telah menyertai pasukan kadet bomba pada awal penubuhan
- Menjalankan latihan kawad kaki, kawad hos dan kelas
- Terdapat 3 orang guru penasihat
4. 4 - Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Buntar
- Ditubuhkan pada tahun 2008
- Seramai 120 orang pelajar telah menyertai pasukan kadet bomba pada awl penubuhan
- Menjalankan latihan kawad kaki, kawad hos dan kelas
- Terdapat 4 orang guru penasihat
5. 5- Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajjudin
- Ditubuhkan pada tahun 2008
- Seramai 130 orang pelajar telah menyertai pasukan kadet bomba pada awl penubuhan
- Terdapat 3 orang guru penasihat
P. Maklumat Bomba Sukarela
Balai Bomba dan Penyelamat Serdang Kedah terdapat sebuah pasukan bomba sukarela yang telah ditubuhkan di selama kedah. Pasukan bomba sukarela ini pada awalnya dianggotai seramai 18 orang yang ditubuhkan bagi membantu Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam menangani kebakaran. Pasukan ini juga bergerak aktif dan menjalani latihan di balai ini setiap dua minggu sekali. Berikut adalah maklumat berkaitan dengan pasukan bomba sukarela tersebut :
Nama Pasukan Bomba Sukarela : Bomba Sukarela Selama Kedah
Alamat : 25-26 Jalan Balai Lama, 09810 Selama Kedah Darul Aman
No. Tel : 05-8394551
Tarikh Penubuhan : 24-06-1996