Persiaran Putra
Balai Bomba Dan Penyelamat Persiaran Putra

Balai Bomba Dan Penyelamat Persiaran Putra
SEJARAH BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT PERSIARAN PUTRA,LANGKAWI
Mengikut kajian sejarah Balai bomba dan Penyelamat Persiaran Putra,Langkawi ini adalah merupakan sebuah balai lama yang telah didirikan pada tahun 1965 dan telah diubahsuai serta dinaikan taraf .Sebelum ini balai ini lebih dikenali dengan nama Balai Bomba ,Kuah,Langkawi.Pada masa dahulu sebelum wujudnya balai baru yang terletak di Jalan Ayer Hangat,lebih kurang 0.8 km dari balai ini.Balai ini amat dikenali di seluruh Pulau Langkawi,Kedah dan seluruh Malaysia..
Balai Bomba dan Penyelamat ,Kuah,Langkawi telah ditubuhkan pada tahun 1965 ,di bawah Pentadbiran Majlis Daerah Langkawi dan Kerajaan Negeri Kedah.Dilengkapi dengan sebuah jentera Landrover dan 3 orang anggota bomba.Selepas penyatuan pada tahun 1976, satu perubahan terhadap struktur Organisasi telah dibuat dengan penambahan keanggotaan seramai 20 orang yang diketuai oleh seorang pegawai Bomba tingkatan II ,Dua Ketua Ahli Bomba,Dua Ahli Bomba Kanan .Sebuah jentera jenis Water tender Tata, sebuah lori pick-up Daihatsu dan sebuah van jenis Mazda 2200 telah dibekalkan.
Kedudukan Balai Bomba Kuah yang terletak di tengak Pekan Kuah dan mempunyai keluasan 271 jemba .Diperkarangan kawasan balai ini juga dibina 2 unit rumah kuaters kakitangan.
Bagi menampong keperluan operasi masakini balai bomba ini masih diteruskan operasinya sebagai sebuah balai cawangan daripada Balai Bomba Jalan Kisap ( balai baru ) dan telahpun dibuat pengubahsuaian dan pembaikan pada 15 Oktober 2002 .Bangunan pejabat lama diruntuhkan dan didirikan pejabat dau tingkat serta siap pada 15 Februari 2003 dan pada 10 Oktober 2004 projek penambahan bay ,bilik bersedia anggota serta bilik sembahyang (Surau ) telah dijalankan dan siap sepenuhnya pada awal Januari 2005.

BEKAS PEGAWAI PENJAGA BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT PERSIARAN PUTRA,LANGKAWI
| BIL | NAMA | TEMPOH |
| 1. | En Mohamad bin yusof | |
| 2. | En. Yunus bin Ahmad | |
| 3. | En.Ahmad bin Aziz ( Pemangku Pegawai .Penjaga ) | 1993 |
| 4. | En. Abdullah bin Ahmad | 1993-1995 |
| 5. | En. Mohammad bin Mat Hussin | 1995-2001 |
| 6. | En. Ismail Bin Darus | 2002-2005 |
| 7. | En. Yaakob bin Hassan ( Pemangku ) | 2005– 2006 |
| 8. | En.Khalid bin Ahmad | 2007– 2008 |
| 9. | Tn. Mad Radzi Bin Saad | 2008 |
| 10. | Tn. Yaakob bin Hassan | 2009 - Sekarang |
VISI
Ke Arah Sebuah Organisasi Kebombaan Dan Penyelamatan Bertaraf Dunia
MISI
Untuk Mencapai Misi Ini Kami Komited Untuk Memberikan Perkhidmatan Kebombaan Dan Penyelamatan Secara Profesional Dan Unggul Untuk Melindungi Nyawa, Serta Memberikan Perkhidmatan Perikemanusiaan Di Semua Keadaan Bencana.
OBJEKTIF
Untuk Memberi Khidmat Mencegah Dan Memadam Kebakaran, Menguatkuasakan Peruntukan Undang-undang Yang Berkaitan Serta Memberi Khidmat Kemanusiaan Dengan Cekap Dan Berkesan.