Monday, February 06, 2012
   
SAIZ TEKS

Kulim Hi-Tech Park

Balai Bomba Dan Penyelamat Kulim Hi-Tech Park


Balai Bomba Dan Penyelamat Kulim Hi-Tech Park

SEJARAH

Balai Bomba Dan Penyelamat Kulim Hi-Tech telah dibina pada 27 Mac 2000 dan telah beroperasi sepenuhnya pada 15 September 2002. Ianya telah dirasmikan Oleh Menteri Besar Kedah Y.A.B Dato Syed Razak Bin Syed Zain pada 12 Oktober 2002. Pembinaan balai ini dilaksanakan oleh Kulim Hi-Tech Construction Sdn Bhd dengan konsep turn key jabatan perumahan Negara. Faktor utama Balai Bomba Dan Penyelamat Kulim Hi-Tech ini di bina berdasarkan  kewujudan kawasan-kawasan perindustrian yang berisiko tinggi dimana kebanyakan kilang-kilang di kawasan ini menyimpan bahan-bahan kimia yang berbahaya.

Balai ini berada dalam Daerah Kulim di mana ianya hanya 5 km dari Balai Bomba Dan Penyelamat Kulim. Keluasan tapak balai ini lebih kurang 6 ekar. Terdapat hanya 4 balai dalam zon kulim iaitu Balai Bomba Kulim, Serdang, Baling Dan Kulim Hi-Tech. Balai Bomba Dan Penyelamat Kulim Hi-Tech mempunyai 2 blok kuarters. Blok kelas F mempunyai 3 unit untuk pegawai manakala kelas G mempunyai 16 unit untuk anggota. Kos pembinaan Balai Bomba Dan Penyelamat bersama kuarters dianggarkan bernilai RM 5.5 juta.

kawasan jagaan Balai Bomba Dan Penyelamat Kulim Hi-Tech ini merangkumi 8  mukim iaitu Mukim Mahang, Mukim Sedim, Mukim Karangan, Mukim Bagan Sena, Mukim Sg. Seluang / Padang China, Mukim Padang Meha, Mukim Sg. Ular dan  Mukim Terap . Aktiviti harian penduduk di sini adalah pekebun dan terdapat juga penduduk yang berkerja sebagai pekerja industri(kilang) dan sebilangan kecilnya adalah peniaga. Majoriti penduduk di kulim hi-tech  ini adalah dari keturunan Melayu,Cina dan India.

Terdapat juga kawasan kawasan perumahan di bina dikawasan ini Seperti Taman KTC,Taman Kulim Perdana,Taman Sepilai,Taman Mutiara,Taman Sg. Kob,Taman Aman dan beberapa taman lagi di sekitarnya.

KAWASAN JAGAAN BOMBA DAN PENYELAMAT KULIM HI-TECH

1.    Mukim Mahang  
2.    Mukim Sedim  
3.    Mukim Karangan   
4.    Mukim Bagan Sena
5.    Mukim Sg. Seluang / Padang China
6.    Mukim Padang Meha
7.    Mukim Sg. Ular
8.    Mukim Terap


AKTIVITI HARIAN PENDUDUK
1.    Pekebun
2.    Peniaga
3.    Pekerja Kilang
4.    Kakitangan Kerajaan 

KAWASAN PERINDUSTRIAN

1.    Kilang Celestica
2.    Kilang Silterra
4.    Kilang Toyo Memory
5.    Kilang Aic Semiconductor                                         
6.    Kilang Intel
7.    Kilang Inokom
8.    Kilang Merck
9.    Kilang Fujimi
10.  Kilang BCM Electronic

 


       

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Jalan Tun Abdul Razak, 05200 Alor Star
Kedah Darul Aman.

No. Telefon: 04-7344444
No. Faksimili: 04-7343868
E-Mail: postmaster@bombakedah.gov.my
E-Mail Webmaster: ict@bombakedah.gov.my
Penafian: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

© Copyright 2011, All Rights Reserved


This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it