Monday, February 06, 2012
   
SAIZ TEKS

Kulim

Balai Bomba Dan Penyelamat Kulim


Balai Bomba Dan Penyelamat Kulim

PENGENALAN

Balai Bomba Dan Penyelamat Kulim merupakan sebuah Balai Bomba Dan Penyelamat yang telah dibina sekitar tahun 1950an di kawasan Pekan Kulim.Balai ini terletak di Jalan Asaad Kulim dengan keluasan balai 17,854 kaki persegi.Kos pembinaan adalah dalam anggaran RM 500,000 dan kos anggaran semasa adalah sekitar RM 3 juta.Balai ini mula beroperasi pada 02/03/1959 dengan keanggotaan pada waktu itu seramai 21 orang personel.Keluasan kawasan jagaan adalah 765.3 kilometer persegi dengan kepadatan penduduk menjangkau 300,000 orang pada masa ini dalam 15 mukim yang bersempadanan dengan negeri Pulau Pinang.
Kekuatan anggota Balai Bomba Dan Penyelamat Kulim pada ketika Ini adalah seperti berikut:

MAKLUMAT

  1. Terdiri daripada 39 orang kakitangan/personel.
  2. 2 buah jentera iaitu Nissan Water Tender 800 gelen dan Mercedes Water Tender 400 gelen.
  3. Sebuah lori pengangkut 6 tan Hicom Handalan.
  4. 2 buah van (Rusa/Isuzu).
  5. Sebuah pacuan empat roda (Pajero).
  6. 2 buah bot penyelamat lengkap berenjin (satunya hasil dari inisiatif Balai Bomba Dan Penyelamat Kulim).

Balai Bomba Dan Penyelamat Kulim menjalankan tugas harian dengan beroperasi secara 12 jam bergilir-gilir.Balai Ini juga berfungsi sebagai Balai Zon bagi daerah Kulim dan Bandar Bharu.

 

CARTA ORGANISASI

 

 

SEJARAH DAERAH KULIM

Daerah Kulim dipercayai dibuka dan didiami sejak pertengahan abad ke 18 lagi iaitu dengan jumlah 100 orang yang berasal dari keturunan Melayu Pattani.Menjelang abad ke 19 Kulim telah menjadi tumpuan kerana penemuan hasil bijih timah.Pada tahun 1890 terdapat 400 pelombong cina beroperasi di Kulim.Antara kawasan terawal pembukaan Daerah Kulim ialah di Belakang Tembok.

Nama Daerah kulim dipercayai diberikan kerana terdapat banyak pokok kulim yang terdapat di kawasan ini terutama di kawasan Bandar Kulim oleh penduduk awal di sini.Bekas pelombong yang bekerja di kawasan perlombongan yang kaya dengan hasil bijih timah di negeri Perak iaitu kawasan Larut,Matang,Taiping dan Selama adalah yang mula-mula membuka Daerah Kulim.

Dipercayai pelombong-pelombong ini melarikan diri merentas hutan belukar di kawasan Kulim menuju ke Pulau Pinang untuk mencari pendudukan baru.Pulau Pinang Ketika itu sudah menjadi bandar pelabuhan yang sibuk di Utara Tanah Melayu sejak pembukaannya oleh Inggeris pada tahun 1786.Ketika melalui kawasan Kulim,bekas-bekas pelombong ini mendapati dalam sungai dan tanah ada tanda bahawa wujudnya bijih timah dan telah mengambil keputusan untuk tinggal menetap dan membuka perkampungan bagi memudahkan mereka mendulang bijih timah.Lombong-lombong bijih timah yang terbesar telah dibuka di kawasan Kulim ialah Taman Tunku Putra,Kampung Bukit Besar,Karangan,Terap dan Kelang Lama.Menurut catatan pada tahun 1854 terdapat 8 buah syarikat cari gali bijih timah dengan jumlah pekerja seramai 1500 orang.

 

 

 


PERJAWATAN

KB 32 - 1 orang
KB 26 - 1 orang (1 kekosongan)
KB 24 - 3 orang (3 kekosongan)
KB 22 - 6 orang (4 kekosongan)
KB 17 - 49 orang (13 kekosongan)

KAWASAN JAGAAN BBP KULIM

1. Mukim Padang Serai
2. Mukim Junjung
3. Mukim Sungai Seluang
4. Mukim Keladi
5. Mukim Kulim
6. Mukim Lunas

AKTIVITI PENDUDUK

1. Penanam Padi
2. Pekebun
3. Pekerja Kilang
4. Berniaga
5. Kakitangan Kerajaan




PERCAPAIAN BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT KULIM
Pada tahun 2006 Balai Bomba Dan Penyelamat Kulim telah memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Balai Cemerlang peringkat kebangsaan.

 


       

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Jalan Tun Abdul Razak, 05200 Alor Star
Kedah Darul Aman.

No. Telefon: 04-7344444
No. Faksimili: 04-7343868
E-Mail: postmaster@bombakedah.gov.my
E-Mail Webmaster: ict@bombakedah.gov.my
Penafian: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

© Copyright 2011, All Rights Reserved


This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it