Kuala Nerang
Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Nerang

Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Nerang
Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Nerang adalah di antara balai-balai yang terbaru dibina dalam Negeri Kedah. Ianya terletak di Daerah Padang Terap yang bersempadan dengan Malaysia dan Thailand. Keluasan daerah Padang Terap ialah kira-kira 1,357 km persegi bersamaan 135,70730 hektar. Mempunyai 11 Mukim. Penduduk di Daerah ini adalah
dianggarkan lebih kurang 120.00 orang. 90% daripadanya bekerja sendiri.
Terdapat beberapa buah Pekan kecil di Daerah ini antaranya ialah Pekan Kuala Nerang, Pekan Naka, Pekan Lubuk Merbau, Pekan Padang Sanai dan lain-lain lagi. Pekan Kuala Nerang merupakan pusat pentadbiran agensi kerajaan. Selain daripada itu terdapat sebuah kilang memproses gula yang di miliki oleh Syarikat Gula Padang Terap Berhad dengan
jumlah pekerjanya 1,200 orang serta mempunyai 200 unit perumahan untuk pekerjanya.
Terdapat juga dua buah pusat peranginan yang di lengkapi berbagai-bagai kemudahan yang boleh menampung pelanggan antara 70 hingga 200 orang ( iaitu Holiday Inn dan Desa Utara Resort ). Selain dari itu terdapat juga beberapa buah pusat reakreasi/peranginan, sebuah sungai yang menghubungi laut (ampang jajar) yang mana setiap tahun mempunyai aktiviti menyusur sungai dan beberapa ekspidisi lain. Terdapat 2 buah tasik iaitu tasik PEDU dan tasik AHNING yang mana menjanjikan aktiviti menarik bagi pencinta alam sekitar dan pemancing.
Mempunyai sebuah Kem Pusat Latihan Khidmat Negara di Dusun Minda Resort. Manakala dalam pembinaan ketika ini iaitu KOTA PUTRA (bebas cukai), satu lagi pintu masuk ke Negara Thailand.
Jarak Balai dengan Pusat Bandar Alor Setar lebih kurang 32 km dan mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai. Ianya mula dibina seperti berikut :-
a) Tarikh tender - 18 hb. September,1993.
b) Kontraktor - Gubah Setia Sdn.Bhd.
c) Mula dibina - Februari, 1994.
d) Siap sepenuhnya - Januari, 1995.
e) Jumlah bay - 2 bay.
f) Keluasan tanah - 3 ekar ( Lot : 1333 Mk. Belimbing Kanan ).
g) Kos tanah - RM 62,375.00.
h) Kos bangunan - RM 921,710.00.
i) Tarikh diserah ke Jabatan Bomba.
-September, 1995 – 21 hb. Disember,1995.
j) Tarikh di rasmikan - 26 hb. September, 1996
Oleh :
YB Dato’ Mohd. Tajul Rosli Bin Mohd. Ghazali
Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia
SENARAI PEGAWAI PENJAGA
- Encik Ghazali bin Mahmud - Bertugas dari 1996 sehingga 2002
- Encik Md. Daya bin Mat (Memangku) - Bertugas dari 2003 sehingga 2005
- Encik Kamis bin Idris - Bertugas Pada 2006
- ]Encik Che Hassan bin Nyak Hssain - Bertugas dari 2007
- Encik Kamis bin Idris - Bertugas dari MAC 2008 sehingga 2009
- Haji Mat Daya bin Mat - Bertugas dari 2009 sehingga Sekarang