Jalan Raja
Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Raja

Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Raja
SEJARAH BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT JALAN RAJA,ALOR STAR, KEDAH
- Balai Bomba Dan Penyelamat, Jalan Raja telah di bina pada tahun 1939,
- Pada tahun 1941 balai ini mendapat bantuan keanggotaan dan pengawasan di bawah pihak pengurusan Polis Alor Star
- Kawasan Jagaan balai pada masa itu meliputi daerah Kota Star, Pendang, Padang Terap, Sik dan Kubang Pasu
- Pada tahun 1949 balai ini diletakkan dibawah pentadbiran ‘Town Board’ iaitu di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Alor Star pada masa itu
- Pada tahun 1951 telah diujudkan satu jawatan iaitu Stesen Officer dimana fungsi dan tanggungjawabnya seperti jawatan Pengarah pada masa ini
- Balai ini juga telah dibekalkan dengan sebuah jentera Water Tender Bedford baru bernombor pendaftaran K 5281 pada tahun 1958
- Pada tahun 1995 Balai Bomba Dan Penyelamat, Jalan Raja telah dijadikan balai cawangan setelah Balai Bomba Dan Penyelamat, Tun Abd. Razak di buka dan sistem pentadbiran telah diletakkan di bawah pengawasan Balai Bomba Dan Penyelamat, Tun Abd. Razak
- Pada Tahun 2000 Balai Bomba Dan Penyelamat, Jalan Raja telah diasingkan sistem pentadbirannya daripada Balai Bomba Dan Penyelamat, Tun Abd. Razak dan balai ini telah mempunyai satu sistem pentadbiran sendiri dan baru
- Keanggotaan balai ini seramai 29 orang terdiri daripada seorang Pegawai Penjaga, tiga orang KAB dan ABK serta Ahli Bomba seramai 22 orang
- Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Raja telah dibekalkan dengan sebuah Water Tender jenis Mercedes , tiga kenderaan utiliti dan dua buah bot dengan keluasan kawasan jagaan meliputi sebahagian Daerah Kota Star dan Pendang
- Keluasan Balai ini ialah 56m / persegi berhampiran Pusat Penggalakkan Pelancongan dan Balai Polis Daerah Kota star
CARTA ORGANISASI BALAI
BIDANG TUGAS UNIT
Bidang tugas unit balai selaras dengan peringkat zon dan negeri
Bidang tugas unit balai selaras dengan peringkat zon dan negeri
