Monday, February 06, 2012
   
SAIZ TEKS

Guar Chempedak

Balai Bomba Dan Penyelamat Guar Chempedak


Balai Bomba Dan Penyelamat Guar Chempedak



SEJARAH DAERAH YAN
Mengikut kajian sejarah yang diketahui melalui soal-selidik orang perseorangan mahupun dari bekas anggota bomba sendiri bolehlah disimpulkan bahawa Daerah Yan telah dibuka secara rasminya pada tahun 1904 bersamaan 1324 hijrah dan merupakan salah sebuah daripada 12 daerah dalam Negeri Kedah. Dari sudut georafi daerah Yan bersempadan dengan daerah Kota Star (utara), Daerah Pendang (timur) dan Daerah Kuala Muda (selatan).
Laut Selat Melaka yang berhampiran Daerah Yan terdapat 4 buah pulau  terdiri daripada  iaitu Pulau Bidan,Pulau Bunting Pulau Song Song dan Pulau Telur, dibawah jagaan Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Kedah.
Keseluruhan Daerah Yan mencatatkan keluasan seluas 95.01 batu persegi bersamaan 246 07 kilometer persegi atau 24 040 hektar.

Terdapat lima buah mukim dalam daerah Yan iaitu:-
    

  1. Mukim Sala Besar
  2. Mukim Sungai Daun
  3. Mukim Dulang
  4. Mukim Yan
  5. Mukim Singkir    


LATAR BELAKANG.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Guar Chempedak didirikan diatas lot:3361 dengan keluasan tanah 3 ekar yang terletak dipekan Guar Chempedak,KM 32,jalan utama Alor Star ke Sungai Petani. Ia telah dibina pada tahun 1968 dan siap sepenuhnya pada tahun 1970. Bangunan Balai ini telah dirasmikan oleh DYMM Tuanku Abdul Malik Ibni Almarhom Sultan Badlishah pada hari Isnin 16 Ogos  1971

Bangunan Balai ini diketegorikan dalam kelas C, mempunyai satu bay.dilengkapi dengan satu keluaran jentera Nissan Water Tender 3 600 liter pada permulaannya dan kini telah di tambah sebuah lagi bay pada awal tahun 2007 dan dilengkapi dengan sebuah jentera baru jenis Mercedes Atego, BKA 8806 pada 30.10.2008  dan jentera Nissan sebagai back up untuk kegunaan semasa jika ada kaerosakan dari balai-balai didalam JBPM negeri Kedah. Disamping itu dilengkapi dengan dua buah van, Isuzu (WEC 3941) dan Produa Rusa(WGR 4075) serta sebuah Kembara (WJX 3454).

Sebuah Bot Penyelamat telah di terima pada tahun 2006 untuk bersedia bagi kerja-kerja menyelamat semasa banjir dan mencari mangsa lemas.

PEGAWAI YANG BIASA BERTUGAS SEBAGAI PEGAWAI PENJAGA 

 NAMA TEMPOH
1- KAB JAAFAR BIN OTHMAN 1971 – 1976
2- KAB OTHMAN BIN AHMAD 1976 – 1980
3- PB III JAMIL BIN MAHMUD 1980 – 1988
4- PB III AZIZ BIN IBRAHIM 1988 – 1992
5- ABD RAHIM BIN MAHMUD 1992 – 1995
6- HASHIM BIN DAHMAN 1995 – 1997
7- PB II TAN LEONG CHUAN 1997 – 1997
8- HASHIM BIN DAHMAN 1997 – 2000
9- PB II AZIZAN BIN ABD WAHAB 2000 – 2001
10- KAB HASHIM BIN DAHMAN 2001 – 2002
11- PB II MOHD AZMI BIN MOHD ALI 2002 – 2003
12- KAB YAAKOB BIN ISMAIL 2003 – 2005
13- PBK  II MOHD AZIZ BIN SAMSUDIN 2005 – 2008
14- PPGB HASBULLAH BIN MOHD. ISA 2008 - SEKARANG

PERJAWATAN TERKINI

KB 29     -       1 orang

KB 24     -       1 orang

KB 22   -       3 orang

KB 17   -      24 orang

 
PECAHAN TUGAS:

1 orang (KB 29)      -      Ketua Balai

1 Orang(KB 24)      -      Pegawai Operasi

3 orang(KB 22)       -      Penyelia Pasukan

24 orang(KB 17)    -      Pemandu/penyelenggaraan peralatan pam tetap Pemadamanan penyelamatan

PENGELASAN RISIKO BALAI

Tahap Perlindungan Kebakaran:

a) Bilangan Kakitangan            29 anggota

b) Bilangan Keluaran            1

Populasi

a) Taburan Penduduk            64 496 orang

b) Keluasan kawasan            24 040 hektar

Kilang/industri

a)   Bilangan kawasan industri        1

b)   Bilangan industri ringan        10

c)   Bilangan industri berat        19

d)   Bilangan industri berbahaya        2

e)    Bilangan Bangunan Pejabat          6

Bilangan intitusi Pendidikan

a) Sekolah                    43

b) Tadika                    48
    
Bilangan Kedai/kompleks

a)    membeli Belah (Kedai runcit)        1 850

b)    Pusat membeli belah            2

c)    Mini Market                4

Bangunan stor

a)    Tempat/pameran kereta        3

b)    Simpanan petrol/diesel        11

c)    Bangunan dewan            10

d)    Stesen minyak            16

e)    Bilangan asrama/ Dometri        8

f)    Bilangan Hotel(17 bilik ke bawah)    2

g)    Bangunan perpustakaan        2


Bilangan hospital/klinik

a)    Hospital                1

b)    Klinik                    21

PASUKAN BOMBA SUKARELA

PUSAT KECEMERLANGAN JBPM (BBP  GUAR CHEMPEDAK)

Di Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak terdapat satu unit Simulator OIFF,dimana peruntukan untuk memasang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat JBPM.Simulator ini dipasang dan disiapkan oleh syarikat ZATB dan mula digunapakai pada 20 Jun 2006 setelah latihan tatacara penggunaan dilaksanakan bersama jurulatih dari luar negara.Seramai 30 orang pegawai telah dipilih untuk menjalani latihan bersama dan dilantik sebagai jurulatih dalaman untuk melaksanakan kursus berkaitan OIFF ini.
 
Pada 21 Jun 2006 Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak telah diberi mandat oleh YS Pengarah  untuk mengendalikan Kursus Offensive Internal Fire Fighting (OIFF) kepada semua Pegawai pegawai Negeri Kedah Darul Aman.

Bagi memudahkan pegawai pegawai menjalani kursus tersebut, 2 buah kuaters telah diubahsuai menjadi asrama peserta serta bilik kuliah.Pasukan KMK balai telah menjalankan kajian untuk mengubahsuai jacket api dengan menambah hood bagi keselamatan pegawai pegawai semasa menjalani kursus tersebut.Ujian dan kajian telah dibuat sehingga pihak YS Pengarah telah bersetuju dan berpuas hati fire jacket tersebut digunakan untuk membuat latihan OIFF.
 

 

 
 
 
AKTIVITI –AKTIVITI BALAI SEHINGGA OGOS 2009
Aktiviti – Aktiviti Balai.

1.    Kebakaran Kilang Beras di Kuala Sala, Kedah.

Kebakaran berlaku pada 8 Julai 2009 jam 4.50 pagi yang melibatkan sebuah mesin pengisar padi, dan kebakaran dapat dikawal 20 minit.
 
 
2.    Kebakaran Sekolah Intergrasi Al Faizin, Guar Chempedak, Kedah:

Kebakaran berlaku pada 17 Julai 2009 jam 10.00 pagi yang  melibatkan kebakaran sebuah bangunan yang meliputi 2 bilik darjah 1 bilik perpustakaan dan 1 bilik guru. Pihak Jabatan menerima panggilan setelah kebakaran hampir separuh bangunan terbakar dan dapat mengawal kebakaran dalam masa 20 minit. Seramai 9 orang anggota Bomba termasuk Ketua Balai dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak telah berjaya memadam kebakaran tersebut.
 
 
3.     Kebakaran Lori Trailer membawa Plywood di KM 75 Lebuhraya Utara Selatan  

    
                    

4.    Penyelamatan mangsa lemas di Sg. Nawa, Kg. Pulau Keramat Pokok Sena,Kedah

Kejadian berlaku pada 9 Ogos 2009 lebih kurang jam 5.00 petang, dimana melibatkan seorang pelajar sekolah lelaki tahun 6 berumur 12 tahun yang terjatuh kedalam sungai bersama motosikal yang dinaikinya semasa melintasi satu laluan yang dilimpahi air akibat hujan lebat.

Sepasukan Pasukan Menyelam dari JBPM Negeri Kedah yang di Ketua oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak telah dikerahkan kesana. Dengan kerjasama orang-orang kampong dan jabatan Bomba dan Penyelamat mayat telah dijumpai mati pada jam 1.51 tengahari pada 10 Ogos 2009. 


        

5.    Latihan di Balai

Disamping melaksanakan latihan mengikut Jadual Kerja Harian (JTH) beberapa latihan kemahiran telah diadakan bagi memantapkan fizikal semua Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Kedah Darul Aman. Diantara latihan kemahiran yang dilaksanakan adalah seperti berikut: -

5.1.    Pemanduan Bot Jabatan
5.2.    Latihan Kecergasan Mendaki Gunung Jerai - setiap hari khamis
5.3.    Latihan kemahiran RTA
5.4.    Pra – Rancang
5.5.    Menyelamat di Air
5.6.    Latihan-latihan yang dirancang mengikut keperluan semasa.

   


6.    Pusat Latihan Menyelam (SCUBA)

Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Kedah telah di jadikan pusat latihan menyelam sementara pada setiap hari selasa bagi semua penyelam JBPM negeri Kedah yang menerima Elaun insentif menyelam. Ini adalah kerana kedudukannya yang berdekatan dengan laut, tasik dan taliair tempat yang sesuai dijadikan latihan menyelam. Diantara tempat-tempat menarik yang berdekatan untuk dijadikan lokasi latihan menyelam adalah seperti berikut : -

6.1.    Kuala Sungai Udang, Yan – jarak 7 km – yang terdapat ’sleepway’  sebagai  tempat penurunan bot untuk pergerakan latihan ke Pulau Songsong, pulau Bidan, Pulau Bunting dan Pulau Telor.
6.2.    Taliair Batu 18, Guar Chempedak, Kedah – jarak 2 km dari balai keluasan hampir 30 meter dan kedalaman 2 meter dan airnya keruh dan sesuai untuk dijadikan tempat latihan mencari menggunakan kaedah ’single jack stay’ dan ’double jack stay’ serta kaedah tender sistem.
6.3.    Tasik Pendang Resort, Pendang, Kedah – jarak < 25 km – terdapat juga Sleepway bagi kemudahan menurunkan bot
6.4.    Kawasan Air Terjun Batu Hampar, dan Titi Hayun Yan – jarak 13  km dari Balai.

  


7.    Penglibatan dengan Agensi Luar

Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak telah diberi beberapa tanggungjawab oleh YS Pengarah JBPM negeri Kedah untuk melaksanakan tugas sebagai pasukan penyelamat seperti berikut :

7.1.     Perkhemahan Jambori Pengakap Kelana Peringkat Kebangsaan di Pulau Bunting, Kedah
7.2.    Jerai Eco X Country Challange
7.3.    4 x 4 Kedah Jamboree Titi Hayun  - 7 -9 Ogos 2009
7.4.    Dan Pelbagai aktiviti lain.

8.    Penganjuran Bowling Tenpin 1 Ogos 2009 – Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak telah menganjurkan pertandingan Bowling Tenpin diantara Bahagian dan Balai-Balai seluruh negeri Kedah bertempat di Kedah Bowl, City Plaza, Alor Setar, Kedah. Diantara pencapaian yang diperolehi oleh BBP Guar Chempedak  ialah :

i.    Johan bagi kategori Bergu Lelaki
ii.    Johan Perseorangan Wanita 
iii.    Naib Johan  acara Perseorangan Lelaki
iv.    Tempat ketiga  Bergu Campuran

Kemaskini terakhir 26.4.2011
 

 

 


       

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Jalan Tun Abdul Razak, 05200 Alor Star
Kedah Darul Aman.

No. Telefon: 04-7344444
No. Faksimili: 04-7343868
E-Mail: postmaster@bombakedah.gov.my
E-Mail Webmaster: ict@bombakedah.gov.my
Penafian: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

© Copyright 2011, All Rights Reserved


This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it