Bomba Kedah
LATIHAN SIMULASI
17April-Bukit Kayu Hitam.Jabatan Bomba Dan Penyelamat bersama PBSM, Kementerian Kesihatan dan Polis dengan kerjasama sepenuhnya daripada masyarakat setempat telah menjayakan program Simulasi Bencana di kawasan perumahan Taman Tradisi Lembah Keriang Sintok yang turut dihadiri oleh Dato Tuanku Putri Intan Syafinas sebagai penaung program. Latihan yang bermula pada jam 1500 dimana melibatkan sebuah kapal terbang penumpang telah terhempas di kawasan perumahan yang melibatkan kerosakan harta benda, kecederaan dan kematian. Ekoran daripada kejadian tersebut suasana huruhara telah berlaku sehingga menjadi sukar untuk dikawal. Bomba dengan kekuatan 30 anggota yang diketuai oleh PBK II Muhammad b. Darus telah bertindak mengawal keadaan dan membawa mangsa yang cedera ke pusat pengumpulan untuk diserahkan kepada agensi selanjutnya. | |
Dato Tuanku Putri Intan Syafinas membuat tinjauan |
Anggota Bomba Sedang Menyelamat |

