Monday, February 06, 2012
   
SAIZ TEKS

Alor Star

Balai Bomba Dan Penyelamat Alor Star


Balai Bomba Dan Penyelamat Alor Star

MENYINGKAP TADBIR SEJARAH BALAI BOMBA ALOR SETAR

Sebelum tahun 1934 lagi Balai Bomba Alor Star telah pun wujud dan beroperasi dengan keanggotaan seramai 4 orang Fireman. Pada masa itu Balai Bomba merupakan sebuah garaj dan sebuah Land Rover bersama trailer bertempat di Pejabat Tanah Negeri Kedah sekarang ini iaitu berhampiran dengan Balai Besar.

Di dalam tahun 1939 dipercayai Balai Bomba telah dipindahkan ke bangunan yang ada sekarang ini di Jalan Raja, Alor Setar. Bangunan tersebut yang mempunyai ruang jentera, pejabat dan 2 unit kuarters. Sebelum ini bangunan tersebut digunakan oleh Polis, Bahagian Trafik disediakan dengan kemudahan Bilik Kawalan dengan satu talian telefon bernombor 221 bagi panggilan kecemasan dan biasa.
Semasa Perang Dunia Kedua pada tahun 1941 Balai Bomba berkenaan masih di tempat yang sama. Bantuan keanggotaan dan pengawasan adalah dibawah Polis Alor Setar.

Pada masa ini sebanyak 2 buah jentera Bomba iaitu sebuah jentera jenis Dennis No. K 2209 dan sebuah jentera water tender 500 gelen bernombor K 8437.

Semasa Malayan Union dalam tahun 1946 Balai ini mempunyai keanggotaan seramai 4 orang Fireman dan seorang pemandu iaitu Encik Yaakob bin Lebai Amin dengan diketuai oleh Leading Fireman Encik Abu Bakar bin Haji Saad yang juga menjalankan tugas pemandu.
Didalam tahun 1949, Perkhidmatan Bomba telah diletakkan di bawah Pentadbiran “Town Board” di mana Balai Bomba Alor Setar telah tertakluk di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Alor Setar dimana “Chairman” Town Board adalah berkuasa penuh kepada Perkhidmatan Bomba ini.
Pada tahun 1951, jawatan “Station Officer” diwujudkan dan Encik Kassim bin Mansor yang berpangkat “Superintendent” telah menjawat jawatan tersebut.

“Station Officer” bukan sahaja bertanggunjawab kepada Balai Bomba Alor Setar malah dipertanggungjawabkan sebagai Penyelia Perkhidmatan Bomba Negeri Kedah. Pada masa ini keanggotaan telah bertambah mempunyai 3 orang leading fireman iaitu Encik Yaakob, Encik Ghaffar dan Tuan Syed Zain dan terdapat seramai 15 orang fireman.

Bagi menampung keperluan keanggotaan ini, maka pada penghujung tahun 1952 penambahan 3 blok quarters (quarters sekarang) telah didirikan dengan pendaftaran PWD 129, PWD 564 dan PWD 565.

Pada tahun 1958 sebuah jentera baru jenis Bedford No. K 5281, 500 gelen telah dibekalkan bagi menggantikan jentera Bedford yang sediada yang telah rosak.

Di dalam tahun  1961 Balai ini telah mendapatkan penambahan sebuah jentera dari jenis Wheel Escape Ledder (KA 1681) diikuti pula pada tahun 1964 gantian sebuah lagi jentera baru jenis Bedford No. KA 5603.

Sepanjang Perkhidmatan ini beberapa kebakaran besar telah berlaku di antaranya pada tahun 1951, sebahagian dari Pekan Kuala Kedah telah musnah dan diikuti pula pada tahun 1969 sekali lagi kebakaran berlaku di mana hampir keseluruhan Pekan Kuala Kedah telah musnah.

Di dalam tahun yang sama juga, kebakaran di “ Pekan Cowboy” Alor Setar telah memusnahkan sebanyak lebih kurang 112 buah rumah kedai.
Selepas Penyatuan Jabatan Perkhidmatan Bomba dan pada tahun 1977 Encik Kassim bin Mansor telah tamat perkhidmatannya dan tempat beliau telah digantikan oleh Encik Abd Majid bin Othman.

Sehingga ke hari ini Balai Bomba Alor Setar telah mempunyai 3 jentera bomba jenis water tender 400 gelen, sebuah jentera penyelamat dan sebuah jentera Skylift. Keanggotaannya seramai 127 orang diketuai oleh Penguasa Bomba.


senarai ketua-ketua balai alor setar

FUNGSI JBPM
Fungsi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia sepertiman yang termaktub di dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) dalam Seksyen 5 (1) dan (2), menjelaskan tugas yang perlu dilaksanakan iaitu:
  1. Tugas-tugas Jabatan Bomba Dan Penyelamat hendaklah termasuk:-
         (a) mengambil langkah-langkah yang sah bagi:-
             i.   memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran;
             ii.  melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran;
             iii.  menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyenggaraannya, dan pengawalseliaanya yang sempurna; dan
             iv.  menentukan adanya jalan keluar yang cukup dari semua premis ditetapkan sekiranya berlaku kebakaran;

        (b) menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal keadaan kebakaran; dan
        (c) melaksanakan khidmat kemanusiaan, termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa berlaku apa-apa bencana.

    2.    Jabatan Bomba Dan Penyelamat boleh, selain daripada tugas-tugasnya di bawah subseksyen (1) melaksanakan apa-apa tugas lain yang
          dipertanggungjawabkan kepadanya oleh undang- undang atau sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri supaya dilaksanakannya.

BIDANG KUASA JBPM
Jabatan Bomba menjalankan tugas-tugasnya berdasarkan kepada kuasa-kuasa berikut:

i)  Akta 341 – Akta Perkhidmatan Bomba 1988.
ii) Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) 1984 Bahagian 7 Kehendak-kehendak Menentang Kebakaran dan Bahagian 8 Penggera Kebakaran,
   Pengesan Api, Pemadaman Api dan Akses Penentang Kebakaran.
iii) P.U. (A) 207 – Perintah Bayaran (Perkhidmatan Khas Bomba) 1977
iv) Bahagian-bahagian yang berkaitan dengan kawalan dan pencegahan kebakaran yang terdapat di bawah Akta Hospital Persendirian, Akta Petrolium,
    Akta Sekolah Persendirian, Akta Taman Asuhan dan Akta Kejuruteraan dan Jentera.
v)  Kod-kod Amali Kebombaan yang dibenarkan.
 
 
PASUKAN BOMBA SUKARELA.
  • Bomba Sukarela Kubor  Panjang
  • Bomba Sukarela Pokok Sena
  • Bomba Sukarela Bukit Pinang
  • Bomba Sukarela Seberang Nyonya

 

carta organisasi 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 


       

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Jalan Tun Abdul Razak, 05200 Alor Star
Kedah Darul Aman.

No. Telefon: 04-7344444
No. Faksimili: 04-7343868
E-Mail: postmaster@bombakedah.gov.my
E-Mail Webmaster: ict@bombakedah.gov.my
Penafian: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

© Copyright 2011, All Rights Reserved


This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it