Saturday, September 04, 2010
   
SAIZ TEKS

 

       Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.Terlebih dahulu saya ingin  mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada semua pelawat yang melayari laman web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah ini. Bersesuaian dengan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi dalam cara kehidupan, dan pentadbiran masa kini, kami di Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Kedah akan sentiasa berusaha secara berterusan untuk meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan bersesuaian dengan Visi Jabatan iaitu "Kearah Sebuah Organisasi Kebombaan dan Penyelamat Bertaraf Dunia".     

       Laman web  Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Kedah ini merupakan salah satu usaha bagi merealisasikan visi tersebut serta menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dalam usaha mencapai Wawasan 2020, dan jabatan juga akan berusaha menyediakan maklumat-maklumat terkini mengenai profil, aktiviti serta perkhidmatan yang disediakan. Disamping itu juga, laman web ini diharap dapat menjadi laman info kebombaan yang berkualiti serta sesuai untuk rujukan pengunjung.

       Saya berharap laman web ini dapat memberi manfaat secara langsung kepada semua pengguna dan semoga akan dapat memperolehi maklumat berfaedah dan terkini mengenai aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan ini.

    Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat melayari laman web Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia Negeri Kedah ini. Sekian, terima kasih

 
Haron Bin Tahir
Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Negeri Kedah.
 

   

Makluman Semasa

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE - 53

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah Darul Aman mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke - 53 kepada seluruh warga jabatan khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

"1 MALAYSIA MENJANA TRANFORMASI"

 
Salam Ramadan
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah Darul Aman mengucapkan Salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua pegawai dan anggota jabatan ini.Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu keberkatan kepada diri kita semua.
 

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini8
mod_vvisit_counterSemalam21
mod_vvisit_counterMinggu Ini104
mod_vvisit_counterBulan Ini74
mod_vvisit_counterJumlah6699

Undian Anda

Prestasi Perkhidmatan Bomba Negeri Kedah?

Senarai Pautan

Aktiviti Bomba

Berita Cawangan

       

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Jalan Tun Abdul Razak, 05200 Alor Star
Kedah Darul Aman.

No. Telefon: 04-7344444
No. Faksimili: 04-7343868
E-Mail: postmaster@bombakedah.gov.my
E-Mail Webmaster: ict@bombakedah.gov.my
 
© Copyright 2010, All Rights Reserved  This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it